athen greece







acropolis, di athen, greece








olympic stadium












just gambar



lame tak update ... ni saje nak letak gegmbr lama ... heheh


dari kejauhan kelihantan megah masjid sulaiman dan juga masjid fatih



di antara kemudahan y membawa kami ke destinasi blue mosque, ayatsophia n top kapi palace

ayat sophia




pintu masuk ayat sophia



di antara blue mosque n ayatsophia ...




background by blue mosque ..








makam muhammad al-fatih






dlm sulaymaniey camii'








topkapi palace (harem)

salam dr pengembara ...

alhamdulillah aku bebaru nie berkesempatan menjelajah beberapa buah negara di eropah mahupun di timur tengah (negara arab) ... di antaranya adalah istanbul, athen, alexandria dan juga kaherah, pengembaraan kali ini mengambil masa hampir2 3minggu lebih sehingga sampai di kampung ku tok randok, ajil, terengganu darul iman ...

LlAnYbYdDeR ...



inilah dunia aku selama 3 tahun lamanya, ketika aku menjejakkan kaki ku di bumi wales ni ... berteduh dr hujan, kesejukan, kepanasan dsbgnya ...
akan ku kenang mu slamanya ... memory bersamamu ...
walaupun kau terletak di kawasan pendalaman, dikelilingi bebiri dan bau2annya ... namun kau tetap bermakna ...
haruman pertama kali tika ku melangkah kluar dr bas masih lagi ku ingati ... fuh semerbak beb ...



tak kusangka kan ada jugak tempat y utk bergambar, dl2 tak pernah terlintas di benak otak ku utk bergambar bersamamu Llanybydder ... heheh maafkan aku ... inipun mujur buat diriku klu bukan kerana seorg sahabat y akan pulang ke tanah air takkan ku cari perkataan2 Llanybydder tu ...

New Quay


dikesempatan y ada, aku, darda n mustafa menenangkn jiwa y lara di tepi pantai New Quay ... tp tak sempat nk mandi, apa tak nya air pun mcm tak benarkan kami bermandi-manda ... sejuk mcm salji tak pasal aku nak main air ... apa taknya pergi waktu petang .... klu tghari tu okle jugak ... skadar bermenung dan juga merehatkan jiwa jua minda ...

Peringatan sblm terlambat ...

buat sahabat2 y ingin mengambil syahadah masing2, sila bertindak awl ...
i just want to let u know, that's not easy to ask abu musab to have ur syahadah ...
please be prepare if u r really need ur syahadah ... it's will be take long2 time ...

EIHS (European Institue of Human Sciences)


castle ini tlhpun menyimpan seribu satu kenangan buat diriku ... semenjak 01102003 aku menjejak kaki di bumi uk nie, inilah tempat pertama aku bermalam ... perjalanan dari manchester memakan masa 5 jam perjalanan menaiki bas ...
sepanjang perjalanan dr manchester dipenuhi dgn bangunan2 dan juga perkampungan .... dan bila tiba di wales, bumi tlh bertukar wajah, hanya dipenuhi dgn kehijauan padang ragut buat bebiri di sni ... dan di antara pemandangan y sempat aku rakamkan ... ini lah castle european institute of human sciences ...

keresahan, kepayahan dan kesenangan ...

Segala keresahan ku selama ini tlhpun terkubur pabila hajatku y diimpi2kn selama ini tercapai iaitu memiliki sebuah laptop sendiri ... alhamdulillah ... dapat hp pavilion dv 2530ea kira oklah tak dpat sony vaio pun ... syukur

hehe ... bukannya apapun, cuma hajat y sekian lama terbungkam di hati kini termakbul ... walaupun org menganggap aku sbg org berduit tp aku hanya mampu memilikinya selepas setahun bekerja, bukannya senang ... knp???

hem knp ya??? knp aku baru dapat memilikinya selepas setahun bertungkus lumus bekerja??? sdgkan awal2 lagi aku mampu memilikinya ...

sejak habis belajar dan memulakan alam pekerjaan, aku bercita2 utk memilikinya, tp apakan daya ku, banyak lagi perkara2 y perlu aku utamakan ... terutamanya hutang dgn abi (maksud aku yuran lah ... dgn EIHS) yerlah utk sampai target dlm satu masa bayar yuran ... dan banyak lagi perkara2 y kurasakan perlu diutamakn ... mungkin kegunaan komp buat masa itu aku tidak perlukan lagi ... dan sekarang aku smmgnya merasakan akan keperluan nya ...

alhamdulillah aku capai target2 y aku mahukan ... dan skrg hanya menunggu ari2 utk pulang ke tanah air ... insya Allah aku akn bertolak dr sn 19hb 09 menuju ke Istanbul kemudiannya 22hb 09 ke Mesir dan akhir sekali klu diizinkan ingin ku lakukan ibadat umrah ... itupun klu diizinkan dgn kata lain visa diluluskan ... kemudian barulah sampai ke Malaysia tanah air ku ...

PeRjALaNaN TeRaKhiR ...

kehidupan ku di bumi Wales ni kian berakhir, setiap hari aku menghitung hari2 y akan kulalui utk kembali ke tanah air ... hari ini maka tinggal lah 1bulan 26hari 9jam 12minit utk ku berhenti keje pd 10hb sep yahooooo ...

perjalanan ku kali ini akan ku jelajah ke istanbul, Turki di mana kami akan bermalaman slama 3hari 3malam dan akan ziarah blue mosque, topkapi palace, ayasophia dan beberapa tempat lgi klu diizinkan ... kemudian nya kami akan berangkat menuju ke mesir ... di mesir tiada apa2 lagi perancangan utk dituju ... at least we want to stay about a week insya Allah ... may Allah bless our trip amiin ya Rabb ... n i hope if the way to make umrah easy i'll make it this year insya Allah ...

pengembaraan aku ke Andalucia beberapa bulan lepas menyebabkan diri ku ini memberontak utk mengembara skali lagi ... spy dpt lihat anugerah y Allah tlh berikan kpd umat Islam terdahulu ttp akibat penyelewengan y berlaku maka keruntuhan sesebuah kerajaan akan berlaku ...

tp kali ini, aku tidak dpt utk menjelajah keseluruhan kota istanbul memandangkan masa y diperuntukkan terlalu sempit dan juga masalah kenderaan y akan membawa kami ...

aku harapkan pengembaraanku kali ini membawa seribu satu kenangan dan juga peringatan buat diri ku ini ...

SeLaMaT DaTaNg ... (",)

selamat datang ku ucapkan buat abg zaidi sekeluarga, nampaknya semakin meriah hari raya kali ini .. dgn kehadiran abg sekeluarga dan beberapa buah keluarga lg y dijangka akan hadir bersama2 kami di bumi lampeter ini ..

aL-KiSaH ari ini

bermula pukul 2 pagi tadi, suatu kejadian y tidak dirancangkan ...

kejadian bermula ketika mana seorg customer mengeluarkan kata2 kesat kepada kami, aku
seperti biasa sudah kalis dgn kata2 sedemikian rupa, nak buat cam mana org dah mabuk ... aku cuma mampu tersenyum sambil meminta mereka keluar dr kedai kami kerana ingin menutup kedai ...

keadaan semakin tidak terkawal, aku memanggil seorg kawan ku bertubuh sasa ... maklumlah aku nie kecil tak pasal terpelanting plak nnt ... itu saja y mampu lakukan mencari pertolongan sboleh2nya aku tidak mahu ada pergaduhan mahupun pertumpahan darah ... i just though to let them go away from the shop sbb tu panggil member (at least when they look that someone got muscle o bigger then us they will go away) ... debor gok skit masa tu ...

keadaan masih lagi terkawal ketika itu sehinggakan salah seorg dr mereka ajak bergaduh, kami bertiga lawan dia sorg ... mungkin bengang dgn sikap drunker tu member aku terus membelasah ... 2 org kawan drunker terus serbu masuk utk bergaduh ... aku ketika itu penik skit terus mencari security guard dekat metro (salah sebuah disco, y sllnya mempunyai bodyguard) 1st time go inside the disco bukannya besar sgt pun ... bila masuk security guard semuanya dah balik y tinggal hanyalah waiter je ... hampeh

bila aku balik ke kedai pergaduhan sudah pun berlaku ...

aku try call mustaffa tak dapat, last skali aku call polis senang cerita ... tak sampai satu minit polis sampai ...

y paling aku bimbang skali member aku bawak keluar pisau doner ... bimbang jugaklah nnt jadi apa2 plak nnt ... terbunuh plak nnt sape nak jawab masalah besar tue ... mujur aku sempat dgn dia bila dia berhadapan dgn si drunker tu, melutut kawan tu pohon ampun nak terketawa jugak masa tu ... hehehe ... bila jauh skit kawan bunyi lagi menyumpah dan bermacam2 lagi hampeh tahik anyin ...

p/s: lain kali klu sudah bergaduh, jgn cari pertolongan macam apa aku buat ... main belasah je lepas tu ...

it was been a while ...

assalamu'alaikum ...

it was been a while i didn't see this blog ... semakin kusut aku dibuatnya entah apa y difikirkan ...
Alhamdulillah bebaru nie aku berkesempatan pergi melawat Sepanyol dan juga Portugal lebih kurang seminggu lebih aku berada di sana ... ada juga buah fikiran utk dilukirkan di sni ...

Rombongan Group kami terdiri drpd Ust Tarmizi's family (Ahmad Tarmizi Talib, Roslina, Syakira, Ahmad Fuad, Sofia and Muhamad), Ust Abdul Halim Naam, Ahmad Taufiq Ismail (akulah) and Mardhiyyah Mustaffa ... that's merc vito 9 siter's group

There 's another groups with us, semuanya terdiri drpd warga Lampeter (062007) y ada melainkan keluarga abg razali (new member on our warga Lampeter) y tidak dpt nk join skali (nk buat camner, mgkn ada hikmah disebaliknya ) ...


Rombongan kami hanya pergi melawat ke tempat2 y mempunyai kesan2 sejarah Islam, seperti Sevilla (tiada apa2 y menarik hanya menunggu kedatangan beberapa peserta Kembara Andalusia), Granada (Alhambra-Alhambra' Nazarie Palace, AlCazaba dan juga Generalife) 4 hours we have been around just that 3 places, Cordoba (Mezquita Catedral Siglos VIII-XVIII-Masjid Abdul Rahman II & Madinat Al-Zahra), Malaga (City centre of Malaga & Gibralfaro), Tarifa (Al-Geciras City Centre & Gibraltar GB) and last place i been is Faro (City Centre)




05/06/07 - 1730 flight from *Stanstead (UK) to Sevilla (Spain)


that in Sevilla nothing specil on there ;) ok jugak lah klu tak der Sevilla nie camner nak sampai ke sni ...

06/06/07 salah sebuah camping site di *Sevilla Motel Club de Campo


payah jugak nak dapatkan camp nie ... but this is my 1st time going to travel and sleeping in the tent, after this our meal is just sardin, telur n rice ... that all for a week, kira ok lah 1st time nak belajar (takkan nak beli ayam ;) ), lain kali kena ajak skali lagi pusing Europe plak ...





we just been on Sevilla airport, rail station (to have some tourism information) and go around the city ...

hari kedua nie kami tak berjalan mana sbbnya menunggu kehadiran 2 org peserta y akan dtg pd pkul 1100 & 2030 ...

07/06/07 kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Granada ...

*Parque de La Nocla - Ayuntamiento AlCala d Guadaira Palacios...


Itulah serba sedikit maklumat kami perolehi d sini ... Ia merupakan salah sebuah kubu pertahanan pada masa lampau ... Pemandangn y begitu mengasyikkan ...


salah sebuah service station on the way to Granada ... dilengkapi dgn petrol station, hotel, restaurant dan juga pusat service kereta ...


perjalanan y memakan masa hampir2 3jam lebih akhir nya membawa kami ke La AlHambra, Granada



di hadapan muzium La AlHambra ... nak masuk kena beli tiket lebih kurang 10.83 euro per adult ... rugi klu tak masuk ...

inilah peserta rombongan kami dr kanan *mard, kak na, sakira, abg mizi, abg halim, aku di hadapan dik mat, dik ya n abg fuad








y nie belum masuk lg ke AlHambra Nazaries Palace, just bahagian luar (pemandangan dr luar pintu gerbang)

bilik pertama kami masuk slps pintu penyerahan tiket heheh ... kelihatan disekeliling bilik ini diselubungi oleh kaligrafi2 dlm bahasa arab









sebuah lagi bilik y hnya sekadar bilik ... masih lg dipenuhi dgn kaligrafi dlm bahasa arab "la ghaliba illa Allah" salah satu y tertera di bhgian dinding istana ini ...


terasa tengit kepanasan mentari ... mujur ada air nie, bleh jgk basuh2 muka nak hilangkn panas ...


gelagat bebudak y kepanasan ...








selamat diijabkabul ...

buat sahabat ku abdul hadi bin omar
bersama teman hidup norjannah bin zainon
semoga talian menghubungkan kalian berkekalan ... amiin
tak sangka seorg demi seorg dr kita melangkah ke alam y lain ...
meninggalkan alam bujang, klu dl kita selalu bersama kini hanya kau dan dia ...
nak buat camner itukan lumrah kehidupan kita ...
lain hari aku plak ikut jejak langkah engko ...
tapi aku tak tau lg ...

Pusara di sebuah ladang

oleh: Zuhdi Marzuki

Salam,

Berkongsi pengalaman yang saya lalui 3 minggu yang lalu,

Pusara Di Sebuah Ladang

Menguruskan jenazah bermula daripada memandikannya sehingga kepada mengkebumikannya sudah menjadi satu perkara yang biasa semasa di Tanah air. Tetapi perkara itu menjadi agak asing di bumi Lampeter, Wales ini, disebabkan masyarakat Islam tidak begitu ramai sehingga tidak memenuhi korum untuk solat Jumaat sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Sepanjang saya berada di sini tidak pernah saya menghadiri solat jenazah sehinggalah pada Jumaat (3 May 2007) tiga minggu yang lalu. Pada hari tersebut saya menyertai komuniti European Institute of Human Sciences (EIHS) untuk menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah seorang remaja 13 tahun, bernama Edward James.

Jenazah Edward ini bukan sekadar istemewa disebabkan ia adalah merupakan pengalaman pertama saya di bumi Wales ini, kerana urusan pengendalian jenazah tersebut agak lebih kurang seperti yang berlaku di mana-mana pelusuk dunia Islam yang lain. Demikian juga istimewanya pengalaman tersebut bukanlah disebabkan Edward dikategorikan sebagai orang kurang upaya yang juga disebut oleh sebahagian kita sebagai golongan istimewa. Tetapi pengalaman tersebut begitu istimewa disebabkan ada hikayat benar yang berlaku di sebalik manusia yang bernama Edward ini.

Keluarga Edward ini sememangnya tidak begitu dikenali oleh warga Islam di Lampeter ataupun sekitarnya seperti Llanybydder bukan disebabkan mereka mendiami kawasan yang agak terpencil di sebuah ladang yang berada di ceruk, tetapi mereka tidak pernah menzahirkan dan hadir bersama dalam program-program yang melibatkan warga Islam di sini. Sehinggalah pada hari kematian Edward, ibunya datang ke EIHS berjumpa dengan salah seorang daripada tenaga pengajar di sini yang lebih dikenali dengan Abu Mus'ab. Ibunya meminta supaya Abu Mus'ab menguruskannya dengan tatacara pengurusan jenazah Islam. Bermula dari sini diketahui rupanya ada warga Islam lagi yang berada di ceruk Wales.

Menurut Ibunya, mereka tidak mengetahui cara hidup Islam apalagi untuk mengamalkannya. Cuma Ibunya berbangga mengisytiharkan mereka Islam hanya disebabkan oleh surat wasiat bapanya. Menurutnya lagi, bapanya telah menyertai tentera British dalam misi ke Palestine pada tahun 1948 iaitu ketika berlaku pembentukan negara haram Israel. Sekembalinya beliau dari Palestine beliau telah mengistiharkan bahawa beliau memeluk Islam. Sewaktu beliau hampir mati, beliau telah meninggalkan surat wasiat kepada anak perempuannya (Ibu Edward) supaya berpegang teguh dengan Islam dan memastikan zuriat keturunan mereka terus berpegang dengan agama tersebut.

Ibu Edward berpegang dengan wasiat bapanya, cuma mungkin komuniti Islam yang tidak begitu ramai di sini menyebabkan beliau tiada sumber untuk memahami lebih lanjut tentang Islam. Bila beliau bertemu dengan kawan-kawan dan jiran-jirannya, beliau memberitahu tentang keislamannya. Sehinggalah pada hari kematian Edward beliau berusaha untuk mencari komuniti Islam bagi menyempurnakan jenazah anaknya menurut Islam. Bagi beliau anak-anaknya adalah muslim, walaupun suaminya adalah seorang kristian dan suaminya tidak membantah tentang keislaman mereka. Perkara ini digambarkan daripada persetujuannya untuk mengkebumikannya menurut cara Islam dan tidak ditanam di perkuburan Kristian tetapi di ladang di keliling rumah mereka.

Selepas menyembahyangkan jenazahnya, saya bersama dengan komuniti EIHS yang lain mengiringinya ke pusara dan menimbus jenazahnya. Setelah selesai Ibunya bertanya kepada Abu Mus'ab berapa kos upah untuk mereka yang telah menguruskan jenazah tersebut. Abu Mus'ab menyebut bahawa tiada kos upah kerana menguruskan jenezah tersebut adalah fardu kepada orang yang hidup dan berdosa jika mengabaikannya. Kami sempat berdoa di sisi pusara Edward dengan harapan ALlah swt akan menempatkannya bersama dengan golongan yang soleh. Kebetulan hari tersebut adalah hari Jumaat maka kami tidak dapat lama di ladang tersebut kerana sudah masuk waktu Solat Zuhur.Sememangnya kejadian ini begitu menyentuh nurani saya, kerana ketika masyarakat bukan Islam di Malaysia khususnya begitu fobia dengan Islam sehingga banyak kes-kes mahkamah yang melibatkan penentangan terhadap kewibawaan Islam, ada seorang wanita dan anak-anaknya yang begitu berbangga dengan Islam. Beliau tidak pernah mengetahui Islam yang sebenar, mungkin hanya melalui media-media Barat yang umumnya turut fobia dengan Islam. Beliau juga mungkin tidak beramal dengan kehidupan Islam kerana tiada saluran untuk mendapatkan pendidikan seumpama itu. Tetapi beliau tetap berbangga dengan Islam dan berpegang dengan wasiat bapanya sehingga hari ini.

Saya meninggalkan ladang tersebut dengan penuh ketakjuban terhadap firman Allah swt dalam surah al-Saff "Dan ALlah akan menyempurnakan cahayanya (Islam) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir". Dan apabila ALlah mengkehendaki memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikendaki, maka tiada siapa yang boleh menyesatkannya. Siapa sangka ada manusia seperti Edward yang Muslim hanya kerana Ibunya berpegang dengan wasiat bapanya supaya berpegang dengan Islam. Semoga ALlah mencucuri rahmat kepada Edward James dan membimbing Ibunya ke arah jalanNya yang diredhai, al-Fatihah.

Selamat pergi dan pulang ...

tanggal 22hb mei, sorg lagi member aku akan pulang ke tanah, kuucapkan semoga selamat pergi dan pulang ... klu ada apa2 berita y menarik di bumi Syam nnt tlg2 bgtau aku kat sn key ... insya Allah klu tak der aral aku ingin jua menjejak kaki ke bumi anbiya ... amiin

majlis perpisahan dan pertemuan bersama students swansea, lampeter and ex highmead



majlis tlhpun selesai, masing2 membawa diri masing2 pulang ke tempat asal, kesunyian mula menenggelamkan hiruk piruk suka tawa ... meninggalkan seribu satu kenangan bersama ... satu demi satu members meninggalkan diri ini... kembali pulang ke tempat asal ku ...

inilah dunia pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam y tidak dapat kita pisahkan ... dunia persekolahan sememangnya bermakna buat diri ini ... walaupun sudah bekerja namun dunia pembelajaran lebih menyenangkan ... insya Allah klu diizinkan ingin ku sambung dunia pembelajaran ku y sudahpun terkandas hampir setahun ... setahun y berlalu ku isikan dgn alam y berlainan dgn alam y kududuki sebelum itu ...

ada y sudah berumah tangga, ada y sambungkan pelajaran, ada y pulang ke tanah air, ada y pulang tidak kembali dan ada juga y senasib dgn diri ku ... itulah dunia tiada siapa y dapat menyamakan taraf masing2 dan tiada siapa y tahu akan nasib masing2 ...

terima kasih kuucapkan buat members y sanggup pulang ke kampung halaman, menceriakan sedikit suasana y semakin usang ... gelak tawa, sakat menyakat menghiburkan hati y telah lama sunyi dari semua itu ... terima kasih

ingin melihat gegambar y lain??? sila layari my fotopages

doakan aku....

Alhamdulillah, baru je berbincang dgn fairuz dan juga suhaimi, utk merantau ke Sepanyol 2,3 minggu lepas tup tap tup tap, handphone ku berbunyi ... diajaknya aku utk melancong ke Sepanyol bersama2 warga Lampeter y lain, aku apa lagi nampak peluang tu tak ku tolak akan lamaran nya terus aku bersetuju ...

Insya Allah akan aku berangkat dari Stansted London ke Seville pada 5hb dan akan berangkat pulang dlm 11hb June ...

Doakan semoga perjalanan y akan ku tempuhi nnt selamat ... Smg aku dpt menghayati sejarah Islam di zaman pemerintahan Islam y unggul dan bagaimana jatuh nya pemerintahan Islam di sana ...

oklah tu jer kot ... nnt klu ada apa2 cerita y best tunggulah pemergian ku ke sana akan ku ceritakan ... wslm

TeRiMa KaSiH...


terima kasih buat abg long n kak long coz sent gegambar korg ... smg perkahwinan kalian berkekalan sehingga ke anak cucu n smg dirahmati Allah ...


insya Allah klu ada masa uda akan uploadkn gegambar kalian dlm my fotopages

TaHniAh!!!

Tahniah ku ucapkan buat abg long dan jg kak long y bru sajer diijab kabulkan semoga ikatan perkahwinan kalian berkekalan sehingga ke anak cucu ... amiin dan jgn lupa doakan utk adik mu di sini juga :0)

insya Allah klu berkesempatan, ingat nak jejak kaki ke bumi anbiya' akhir tahun nie .. tapi tak pasti bila bleh tercapai cita2ku itu ... semoga diperkenankan amiin ...

hem jgn lupa (buat abg long ku) kirimkan gambar2 kalian ...

PeRnAhKaH KiTa BeRfiKiR?

Pernahkah terbayang akan perjalanan alam nie? Bagaimana di sesetengah negara di dunia ini mengalami anjakan masa samada kurang dan lebih ....
Kami d sn (UK) baru bertukar masa dipercepatkn sejam ... ke mana perginya sejam lg? Subhanallah pernahkah kita terfikir ???

Moroccon nite

just been at moroccon night ...

anymore photos on my fotopages
some presentation about morroco by bro ahmad and some foods as well called by kuskus ... look like rice but it's not ;) terpaksa telan jugak hehe nasib baik ada nasi bleh jgk ceduk

insya Allah we as Malaysian here will make it something like that too, to promote our Malaysia welcome to our country

alhamdulillah, just came back from the trips around UK and Wales...

Alhamdulillah lega skit kali ni, tp tak lah lega sgt pkul 3 ptg nnt nak kena masuk keje plak ... aku gunakan sepenuh masa cuti aku pergi melancong k England and Wales ... klu berkesempatan insya Allah aku akan uploadkan gambar2 masa aku bercuti dlm fotopages...

Just been almost part of England and some part of Wales lebih kurang dlm 9 ari ... letih badan tu biasalah ... apa tak nye 1400miles kena drive sorg diri je ...

ingatkan bleh berjumpe dgn semua member2 ex EIHS tp nk buat camner plan dah ada tp bajet tak cukup letih plak satu hal terpaksalah membatalkan niat utk pergi Leeds and Blackburn ... tak sempat nk berjumpe dgn si kacah maaflh dan juga membeli belah kasut Clark kat Blackburn ... pohon maaf jua pd semi dan hafizuddin sbb tak berkesempatan pergi ke Blackburn, sememangnya nak pergi sgt2 tp ada perancangan lain plak lepas tu terpaksalah menangguhkan dl perancangan kita tu ... insya Allah ada cuti lain kita pergi ke EUROPE plak ... ada org ajak dah nie ... nk join tak????

member2 lain aku dah jupe samada d Wigan, Leicester, Manchester, Swansea and tak lupa juga keluarga Lampeter thanks atas layanan teristimewa dr semua ... tahniah jua aku ucapkan kpd akmal n wife atas kelahiran baru (Muhammad Afeef) 14032007, selepas 3,4 ari aku berangkat dr Leicester ... klu tak der aral y melintang, insya Allah akan ku jejak semula ke Leicester ... selamat menjejak ke dunia baru ...

oklah nk bersiap2 pergi keje plak dah nie ... letih tak habis lagi nie, baru je balik dr Swansea ... nk buat camner itulah kehidupan ...

TeMu Gok NgAn MaT SaBu


tanggal 3 hari y lepas, aku jupe ngan mat sabu ok jgak org nya tak besar, tak kecil ... berbadan serdehana sajer ... ingatkn dl2 berbadan sasa rupa2nya bukan ...

celoteh memanjang membuatkan kami lebih mesra walaupun hanya berkenalan tak sampai sejam ...

perjumpaan selama 3 jam tu membawakan aku ke dunia luar ... luar dr dunia keje aku, sll nya aku hanya diperukkan dlm kedai, tp ari tu aku kluar skejap dr kepompong dunia ku, ingin melihat dunia luar ... fuh !!! lega skit ... kebetulan aku sblm itu aku pinta day off tp apakan daya ku mereka tidak membenarkan ku, maka ku pintakan ari slps nya ... tak ku sangka ada hikmah disebalik itu ... subhana Allah Maha Suci Allah y mengaturkan sgl urusan dgn sempurna ...

tak ku sangka apabila mendengar serba sdkit pengalaman & pengetahuan beliau begitu peritnya tanah airku, tak ku sangka seteruk itu ... tlh ku sangkakan keterukan tanah air ku tp tak serupa seperti y dkhabarkan kpd ku ari tu ...

terkadang membawa jiwa ini utk memberontak, tp apakan daya ku hanya berjejakkan kaki di dunia luar ... bukan dunia ku ... ah perit nya hidup ini ...

alhamdulillah tak kusangkakan ku akan bertemu dgn mu Mat Sabu ... dpt mendengar dr telinga ku sendiri bukan dr speaker komp ... terima kasih atas pengkhabaran mu, juga sanggup berkongsi pengalaman bersama kami d sini ... jazaka Allahu Khair ...