...: ALaM PeRciNtAaN :...

Perkara y masih mengelirukan dan selalu menghantui diriku!!! Perlukah aku mengalaminya sendiri atau mengabaikannya? Mengharungi detik-detik kehidupan y belum tentu penghujungnya ... Ku berserah pada Ilahi y telah mencatitkan segala ketentuan utk diriku di Luhul Mahfuz ... Bagiku cinta ini bleh kita bahagikan kepada 2 golongan:

  1. Percintaan sebelum perkahwinan
  2. Percintaan selepas perkahwinan

Kebanyakan muda-mudi sekarang berada dlm golongan y pertama, segelintir sahaja y berada dlm golongan kedua ... aku di mana yaa ...??

Bagiku, aku masih lagi mencari2 jawapan y terbaik buat diriku ... Utk mengenali diri seseorg kita perlu bersahabat dan perlu mengenal hati budi seseorg ... Begitu juga dlm persahabatan, kita perlu mencari sahabat y baik utk menjadikan kita seorg insan y baik ... klu tersilap kawan kita jugak akan terjerumus dlm kancah y sama ... Aku teringat sebuah hadith y bermaksud "Lihatlah pada kawan2nya jika kamu ingin mengetahui hati budi seseorg" Bila berkawan dgn org baik2 maka kita bleh beranggapan dia nie seorg y baik hati budi dan begitulh sebaliknya ...

"تنكح المرأة لمالها وجمالها وحسبها ودينها فعليك بذات الدين تربت يداك"

"Wanita itu dikahwini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah kamu memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya kamu akan bernasib baik"

Dalam kitab BIMBINGAN MU'MIN ada menyatakan berkenaan hal-hal yang harus diperhatikan bila memilih jodoh ... Di antaranya adalah:

  1. Agama
  2. Kelakuan
  3. Kecantikan
  4. Ringan Maskahwin
  5. Boleh melahirkan anak
  6. Perawan
  7. Keturunan yang baik
  8. Bukan keluarga terdekat

APA YANG DIMAKSUDKAN PERKAHWINAN ???

Perkahwinan hanya utk melepaskan nafsu syahwat? atau sebaliknya ... Faedah-faedah perkahwinan ada beberapa perkara:

  1. Mendapatkan anak
  2. Mematahkan syahwat
  3. Mentadbir urusan keluarga
  4. Menggiatkan diri utk memenuhi keperluan
  5. Merapatkan atau mengeratkan hubungan antara dua buah keluarga
  6. Menyambung salsilah generasi @ keturunan
  7. .... dan banyak lg

Sbb itulah nabi S.A.W menggalakkan umat nya supaya berkahwin dlm sabdanya y berbunyi:

من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض البصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

"Barang siapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah dia berkahwin kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan keinginan (hawa nafsu)."

Tahniah buat sahabat2ku yang telah pun mendirikan rumah tangga, semoga talian perkahwinan kalian berpanjangan hingga akhir hayat, amiin ... Dan jgn lupa doakan utk diriku sekali ... Mudah2an diperkenankan ...

Aku pernah ditanya tentang cinta sejati, pernahkah aku mengalaminya ??? bagaimana aku boleh mengkritik akan percintaan jika aku tidak pernah mengalaminya sendiri? Aku mula terfikir, perlukah wujud cinta sebelum kita berkahwin? Demi menyelami hati budi bakal teman hidup kita ... Atau kita hanya berserah pada keluarga utk memilih bakal isteri kita? Tanpa membicarakan tentang hati budi calon isteri ... Yang mana satu perlu kita pilih ??? Pandai2lah pilih, itu keputusan masing2, aku ada pendirian aku & engkau sememangnya ada ...

Aku pernah terbaca dlm sebuah kitab y membahaskan tentang pergaulan di antara lelaki & perempuan, di dalamnya terkandung adab2 dlm pergaulan ... Cuma aku tak teringat apa tajuk buku itu, klu tak silap karangan Hassan Al-Banna kena cari semula buku tu ... sbb aku tak pasti ...

  1. Dilarang bercakap lemah lembut
  2. Berkeyakinan tiada fitnah y akan berlaku
  3. Dilarang berkhalwat (berdua2an)
  4. Tiada persentuhan lelaki & perempuan
  5. Dilarang memakai wangi2an bg perempuan
  6. Pakaian mestilh beradab

Banyak lg adab2nya cuma y nie je aku teringat ... Al-Maklum otak dah lama tak kena asah jem skit nak cari data2 ...

Alam Percintaan andaikata percintaan y berlaku itu tidak berlaku sebarang kemungkaran alhamdulillah kuucapkan bg y bercinta & bg y sebaliknya pandai2lh mencari jawapannya ...

sekian wassalam ... buat diriku juga buat sahabat2 y tlh pun membaca ... seandainya ada kesilapan y tertulis maafkanlah daku ... Dan jika dapat mengambil iktibar dr nya alhamdulillah semua y baik dtgnya dari Allah dan y buruk dtg dr setan laknatullah