renungan bersama

Di bawah ini ialah satu emel yangpernah aku dapat, bahkan turutdisebarkan di dalam buletin-buletinfriendster. Aku rasa kandunganya baik,bahkan lebih baik daripada mesej-mesejkarut konon kalau sebar dapat seribukebaikan, kalau tak sebar dapat baladan karut marut yang lain walaupunmesej-mesej karut itu mengandungi nama-nama Allah, ayat-ayat al-Quran danhadith-hadith nabi.Memang sukar untuk orang lainpercaya,tapi itulah yang berlaku. Ibusaya memang seorang pembohong!!Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.Saya perlu catatkan segala pembohonganitu untuk dijadikan renungan andasekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masihkecil. Saya lahir sebagai seorang anaklelaki dalam sebuah keluarga miskin.Makan minum serba kekurangan. Kamisering kelaparan. Adakalanya, selamabeberapa hari kami terpaksa makanberlaukkan ikan masin dikongsi satukeluarga. Sebagai anak yang masihkecil, saya sering saja merungut. Sayamenangis mahukan nasi dan lauk yangbanyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketikamakan, ibu sering membahagikanbahagian nasinya untuk saya. Sambilmemindahkan nasi ke mangkuk saya, ibuberkata : “”Makanlah nak ibu taklapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali airberhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu.Tetapi ibu dengan cepat menolaknya.Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” –PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lididan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita dihadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu,tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGANIBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit,iaitu selepas saya baru beberapa bulandilahirkan, ibulah yang mengambiltugas sebagai ayah kepada kamisekeluarga. Ibu bekerja mengambil upahdi kebun, membuat penyapu lidi danmenjual kuih-muih agar kami tidakkelaparan. Tapi apalah sangat kudratseorang ibu. Kehidupan keluarga kamisemakin susah dan susah. Melihatkeadaan keluarga yang semakin parah,seorang pakcik yang baik hati dantinggal berjiran dengan kami, datanguntuk membantu ibu. Anehnya, ibumenolak bantuan itu. Jiran-jiransering kali menasihati ibu supayamenikah lagi agar ada seorang lelakiyang akan menjaga dan mencarikan wanguntuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yangkeras hatinya tidak mengendahkannasihat mereka. Ibu berkata : “Sayatidak perlukan cinta dan saya tidakperlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBUYANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajardan mula bekerja, ibu sudah pun tua.Kakak dan abang menyuruh ibu supayaberehat sahaja di rumah. Tidakpayahlah lagi bersusah payah danbersengkang mata untuk mencari duit.Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergike pasar setiap pagi menjual sedikitsayur untuk memenuhi keperluanhidupnya. Kakak dan abang yang bekerjajauh di kota besar sering mengirimkanwang untuk membantu memenuhi keperluanibu, pun begitu ibu tetap berkerastidak mahu menerima wang tersebut.Malahan ibu mengirim balik wang itudan ibu berkata : “Jangan susah-susah,ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANGKEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti,saya melanjutkan lagi pelajaran keperingkat sarjana di luar Negara.Pengajian saya di sana dibiayaisepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu saya sudahi dengancemerlang,kemudian saya pun bekerjadengan syarikat yang telah membiayaipengajian saya juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sayaberhajat membawa ibu untuk menikmatipenghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan saya, ibu sudah puasbersusah payah untuk kami. Hampirseluruh hidupnya habis denganpenderitaan, eloklah kalau hari-harituanya ini ibu habiskan dengankeceriaan dan keindahan pula. Tetapiibu yang baik hati, menolak ajakansaya. Ibu tidak mahu menyusahkananaknya ini dengan berkata ; “Takpayahlah, ibu tak biasa tinggal dinegara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANGKETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakintua.. Suatu malam saya menerima beritaibu diserang penyakit kanser. Ibumesti dibedah secepat mungkin. Sayayang ketika itu berada jauh diseberangsamudera terus segera pulang untukmenjenguk ibunda tercinta. Sayamelihat ibu terbaring lemah di katilhospital setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatapwajah saya dengan penuh kerinduan. Ibumenghadiahkan saya sebuah senyumanbiarpun agak kaku kerana terpaksamenahan sakit yang menjalari setiapinci tubuhnya.. Saya dapat melihatdengan jelas betapa seksanya penyakititu telah memamah tubuh ibu sehinggaibu menjadi terlalu lemah dan kurus.Saya menatap wajah ibu sambilberlinangan air mata. Saya cium tanganibu kemudian saya kecup pula pipi dandahinya. Di saat itu hati saya terlalupedih, sakit sekali melihat ibu dalamkeadaan seperti ini. Tetapi ibu tetaptersenyum dan berkata : “Janganmenangis nak, ibu tak sakit.” –PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yangkelapan itu, ibunda tercinta menutupmatanya untuk kali terakhir kali.Anda bertuah kerana masih mempunyaiibu dan ayah. Anda boleh memeluk danmenciumnya. Kalau ibu anda jauh darimata, anda boleh menelefonnyasekarang, dan berkata, ‘Ibu,sayasayangkan ibu.’ Tapi tidak saya.Sehingga kini saya diburu rasabersalah yang amat sangat keranabiarpun saya mengasihi ibu lebih darisegala-galanya, tapi tidak pernahsekalipun saya membisikkan kata-kataitu ke telinga ibu, sampailah saat ibumenghembuskan nafasnya yang terakhir.Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
makeURL("SUMBER : http://the-","eHNsL2J1bGxldGluLnhzbA==");
SUMBER : http://the-authenthic.blogspot.com/