KaTa2 HiKmAh

كن في الدنيا فكأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
"Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu melihat Yang Maha Esa, jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Allah melihat kamu"
Ayat ini mengandungi banyak hikmahnya jika kita mengkaji akan maksudnya, pernah seorg alim ingin menguji pelajar2nya akan ilmu yang telah dipelajari. Beliau tlh memanggil kesemua pelajar2nya dan memberikan seekor ayam kepada kesemua pelajarnya lalu menyuruh kesemua mereka menyembelih ayam tanpa diperhatikan oleh seorangpun, kesemua pelajar2 pergi berlari menyembunyikan diri di tempat persembunyian masing2, sehinggalah tinggal seorg pelajar berdiri di hadapan beliau ... beliau bertanya "Duhai anak, kenapa kamu tidak meyembunyikan dirimu, bukankah aku mengarahkan kamu utk menyembelih ayam di tangan mu itu?" Lalu budak itu menjawab "Saya tidak dapat menyempurnakannya arahanmu itu, kerana walaupun di mana kita berada, tetap ada yang kedua." Alim ini ingin menguji lagi anak muda ini lalu bertanya "Siapakah yang kedua itu?" Budak itu menjawab "Yang kedua itu adalah Allah, Allah memerhatikan kita setiap masa, bagaimanakah aku bleh melaksanakan akan arahan mu itu, walau bagaimanapun aku bersembunyi masih ada lagi yang memerhatikan aku..."
SubhanaAllah, sampai begitu sekali anak muda tersebut mempercayai akan ketuhanan, bagaimana dgn kita??? adakah iman kita seteguh itu??? masing2 tanya diri ...
Hidup ini terlalu melekakan sehinggakan melalaikan aku dr mengingati Yang Maha Esa, Ya Allah ampunikanlah dosa hamba Mu ini, aku tlh melakukan banyak dosa yang ku sedari mahupun yang tidak disedari ...
Pesanan demi pesanan tlh disampaikan padaku tp aku tidak mengendahkannya, lantaran ingin mengejar dunia yang fana ini ... hidup bukan hanya sekadar tamat ketika kematian tiba, tapi akan tiba pula kebangkitan yang kedua dan dgn kebangkitan inilah kita akan dipersoalkan tentang apa yang telah kita lakukan ... bukan mudah utk hidup ini, setiap perkara akan dipersoalkan fuuhhh... dosa dah melambak dah takkan nak buat lagi kot, ingatlah utk bertaubat sblm ajal tiba ...

No comments: