Maha Suci Allah

baru je aku mengeluh tak dapat makan nasi minggu nie, kesnya aku tak dpt balik ke Lampeter (hehe biasalah aku nie sll balik ke sana bila dpt cuti pantang dpt j, aku terbang ke sana. Itulah sumber nasi y dpt aku perolehi) tp minggu nie aku tak berkesempatan nk g di nung yerlah org demam mana larat nk g naik limo berpenumpangkn 57 org, letih badan dibuatnya nnt... so minggu nie aku melepak je dlm bilik mengadap komputer nie, engkau lah kawan sejati ku tatkala aku bersendirian ...

rupa2nya rintihan aku didengari, سبحان الله Maha Suci Engkau Ya Allah aku teringat akan firman Allah y berbunyi :
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
y bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

Terdetik seketika di fikiranku, begitu dekatnya Allah dgn kita, cuma apa y perlu kita lakukan hanyalah mematuhi arahan dan meninggalkan laranganNya ...

Di sekelilingku hanya org2 Islam y hanya bertopengkan agama shj sbg addeen mrk, tp alangkah indahnya jikalau mereka mengamalkan Islam itu sendiri... itu cerita lain (lain kalilah aku tulis)...

Hari nie aku dihidangkan nasi berlaukkan daging bebiri, ehmmm... enak rasanya ... Sblm menjamah makanan sempat lagi si Mustaffa pekenakan aku dihadapan ibunya (al-maklum aku nie jenis makan nasi bukan roti atau sbgnya) "see this boy mum, in his country they eat rice to much and now the rice just here, for a while he didn't see rice, don't worry mum, he'll eat all of them" perli dia padaku, aku peduli apa .. teruskan usaha aku utk suapkan nasi ke dlm perutku .. wah lazat sungguh masakan mak engkau nie ... aku memuji masakan ibu Mustaffa, apa tak nya diorg bukannya makan nasi tiap2 ari cuma skali-skala jer tu pasal dia masak sedap2 ... sedap2 j aku buat andaian hehe... tp memang sedap pun, nak kata mcm nasi minyak tu bleh lah tahan, y penting minggu nie berasa jgklah nasi ... alhamdulillah ... teringat plak nk balik mesia, bilalah aku bleh balik ..................

Bagiku, walau di mana kita berada, jgn kita rasakan kita bersendirian tp ingatlh bahawa Allah sentiasa bersama kita ... Pesanan ni buat diriku y sdg berada di perantauan jugak buat sahabat handai y tlh membaca ... setiap apa y berlaku, ada hikmah nya cuma kita saja y leka tanpa mencari hidayah disebaliknya ...

No comments: